Pemegang rekod dunia dalam acara maraton bagi kategori lelaki dari Kenya, Kelvin Kiptum dilaporkan telah meninggal dunia ekoran terlibat dengan kemalangan jalan raya di negaranya.
Menurut pelbagai laporan media antarabangsa, kemalangan terbabit turut meragut nyawa jurulatihnya, Gervais Hakizimana yang turut menaiki kenderaan yang sama dipandu oleh Kiptum.
Lebih mendukacitakan, kemalangan dan kematian menimpa Kiptum itu berlaku pada 11hb Februari – hari ulang tahun kelahirannya yang ke-24.
Goodbye, Kelvin 🕊️
1999-2024 pic.twitter.com/2ZX5FxZLxk
— World Athletics (@WorldAthletics) February 12, 2024
Baca: Pelari Kenya Usia 23 Tahun Pecah Rekod Dunia Maraton – Catat Masa 2:00:35
Untuk makluman, Kiptum memecahkan rekod dunia dalam arena maraton apabila merekodkan catatan masa 2:00:35 ketika muncul juara dalam acara Maraton Chicago pada Oktober lalu.
Catatan masa tersebut 34 saat lebih pantas berbanding rekod yang dicatatkan oleh rakan senegara seniornya, Eliud Kipchoge – pelari berstatus legenda dalam arena maraton.
Bukan itu sahaja, rekod yang dilakarnya pada Maraton Chicago terbabit merupakan perlumbaan yang ketiga buat dirinya dalam acara maraton.
Pada masa yang sama, Kiptum juga menjadi pelari maraton yang pertama dalam sejarah mencatatkan masa larian di bawah 2 jam dan 1 minit.
Featured Image: World Athletics