16 Pasukan Sertai Saingan Piala Presiden 2024 – Bermula 21 April
February 13, 2024 Hafizuddin Omar

Pertandingan bola sepak lelaki bagi usia 20 tahun dan ke bawah atau nama rasminya, Piala Presiden akan membuka tirainya pada 21 April 2024 kelak.

Perkara tersebut dikongsikan penganjur, Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) selepas mengadakan Mesyuarat Jawatankuasa Eksekutif Kali Ke-10 bagi Penggal 2021-2025, hari ini.

Pada masa yang sama, Timbalan Presiden FAM, Datuk Wira Mohd Yusoff Mahadi mengesahkan saingan terbabit bakal disertai oleh 16 buah pasukan.

Baca: Pasukan Liga Super Wajib Hantar Skuad Piala Presiden & Piala Belia Musim Depan

Bagaimanapun, beliau tidak mendedahkan senarai pasukan-pasukan yang mengesahkan penyertaan terbabit.

Baca: Peminat Singapura Bangkang JDT III Sertai Singapore Premier League

Sebagai rekod, saingan Piala Presiden musim lalu menyaksikan Johor Darul Ta’zim III (JDT III) muncul juara selepas menumpaskan Negeri Sembilan FC secara agregat 5-1.

Kejuaraan terbabit turut membolehkan mereka meraih ganjaran wang tunai sebanyak RM100,000.

Untuk makluman, itu merupakan kejuaraan kedua berturut-turut dirakamkan oleh JDT III selepas menjuarai saingan Piala Presiden 2022.

Featured Image: Football Association of Malaysia

Komen