Putera Nadher Amarhan Kembali Sertai Johor Darul Ta’zim?
February 21, 2024 Hafizuddin Omar

Adakah pemain berdarah campuran Malaysia-Sweden, Junior Eldstal atau turut dikenali sebagai Putera Nadher Amarhan kembali menyertai kelab gergasi bola sepak tanah air iaitu Johor Darul Ta’zim (JDT)?

Ini selepas kelibat Junior yang juga merupakan pertahanan skuad kebangsaan dilihat turut sama menyertai sesi latihan pramusim bersama JDT, pada hari ini.

Kelibat pertahanan berusia 32 tahun dapat dilihat menerusi dua keping foto bersama-sama Nicolao Cardoso dan Safiq Rahim yang dimuat naik di platform media sosial milik JDT, sebentar tadi.

Baca: JDT Buat Pusingan-U Kekalkan Penyerang Usia 34 Tahun

Bagaimanapun, tiada sebarang makluman rasmi daripada mengenai status semasa Junior bersama skuad berjulukan Harimau Selatan.

Sebelum ini, Junior meninggalkan JDT bagi menyertai Dewa United FC sekitar penghujung Julai 2023. Kelab terbabit beraksi dalam kancah Liga 1 di negara jiran tetangga iaitu Indonesia.

Bersama kelab berkenaan, Junior merekodkan lima penampilan semasa bertemu RANS FC, Persija Jakarta, Persikabo 1973, Bhayangkara FC dan Persita.

Featured Image: Football Association of Malaysia

Komen