Pertandingan bola sepak lelaki bawah 18 tahun tanah air iaitu Piala Belia 2024 menerima penyertaan dua buah pasukan baharu iaitu Touchtronics FC dan Perlis United FC.
Kedatangan dua pasukan terbabit menjadikan saingan Piala Belia musim ini ditandingi oleh 18 buah pasukan secara keseluruhan.
Pada hari ini turut berlangsung majlis undian dimana 18 buah pasukan tersebut dibahagikan kepada dua buah kumpulan dan hasil undian adalah seperti berikut.
Baca: Pasukan Liga Super Wajib Hantar Skuad Piala Presiden & Piala Belia Musim Depan
View this post on Instagram
Kumpulan A: Selangor FC, Sabah FC, Perlis United FC, Melaka FA, Kelantan United FC, Kelantan FA, Negeri Sembilan FC, Sri Pahang FC dan Kuala Lumpur City FC.
Kumpulan B: Johor Darul Ta’zim IV, Kuching City FC, AMD B-16, PDRM FC, Touchtronics FC, Penang FC, Terengganu FC IV, Perak FC IV dan Kedah Darul Aman FC.
Saingan peringkat kumpulan akan berlangsung secara “double round-robin” atau liga dua pusingan. Empat pasukan teratas setiap kumpulan akan mara ke saingan kalah mati bermula peringkat suku akhir.
Sepak mula Piala Belia 2024 akan bermula pada 27 April (Sabtu) kelak.
Difahamkan, ganjaran berupa wang tunai bagi juara sama seperti musim lalu iaitu sebanyak RM60,000.