Kelayakan Piala Dunia 2026: Seri Lawan Oman, Mudah Ke Pusingan 3
March 12, 2024 Hafizuddin Omar

Harimau Malaya akan mengumpul lapan mata sekiranya berhasil mengikat pasukan di ranking ke-80 dunia, Oman pada perlawanan ketiga dan keempat Kumpulan D dalam Pusingan 2 Kelayakan Piala Dunia 2026/Piala Asia 2027.

Kutipan mata itu akan meletakkan Harimau Malaya sekurang-kurangnya di tangga kedua Kumpulan D selepas empat perlawanan – bergantung kepada keputusan perlawanan antara Kyrgyzstan dan Chinese Taipei.

Kutipan mata dan kedudukan tersebut memudahkan laluan buat Harimau Malaya untuk ke Pusingan 3 Kelayakan Piala Dunia 2026.

Bahkan skrip sebegitu turut dimahukan penyerang sayap skuad kebangsaan, Faisal Halim agar Harimau Malaya tidak menyukarkan diri sendiri untuk melayakkan diri ke pusingan berikutnya.

“Sekiranya kita ke Oman dapat point (mata) dan kita balik ke Bukit Jalil dapat point (mata), saya rasa kita dah selamat untuk (ke) next round (pusingan seterusnya),”

 

View this post on Instagram

 

A post shared by FA Malaysia (@famalaysia)

“Tapi bila saat-saat getir ni yang lebih mencabar (dan) lebih sukar, kita masih ada baki empat game (perlawanan),”

“Kita beri yang terbaik sekiranya nak pilih laluan yang mudah, kita tak nak dua game (perlawanan) yang terakhir untuk layakkan diri, sukar sebenarnya,” katanya ketika ditemui di Wisma FAM.

Baca – Kim Pan-gon: Impian Kami Kelompok 18 Terbaik Asia

Untuk makluman semua, ketua jurulatih skuad kebangsaan, Kim Pan-gon pernah menyatakan mana-mana pasukan perlu mendapatkan minimum sebanyak 12 mata pada Pusingan 2 untuk melayakkan diri dengan selamat ke Pusingan 3 – kelompok 18 terbaik asia. 

Ketika ini, Harimau Malaya sedang menerajui Kumpulan D dengan enam mata selepas mencatatkan kemenangan ketika bertemu Kyrgyzstan dan Chinese Taipei pada perlawanan pertama dan kedua pada November lalu.

Bagi perlawanan ketiga dan keempat, Malaysia dijadualkan menentang Oman pada 22hb Mac (Muscat) dan 26hb Mac (Kuala Lumpur) masing-masing.

Sementara itu, Kyrgyzstan dan Chinese Taipei pula akan berentap sesama sendiri pada 21hb Mac (Kaohsiung) dan 26hb Mac (Bishkek) masing-masing.

Featured Image: Football Association of Malaysia

Komen