EPL Haramkan ‘Budak Milo’ Beri Bola Secara Terus Kepada Pemain
March 29, 2024 Hafizuddin Omar

Budak pengutip bola atau di Malaysia sinonim dengan gelaran “Budak Milo” kini tidak lagi dibenarkan memberikan bola yang terkeluar daripada permainan secara terus kepada mana-mana pemain di atas padang dalam saingan Liga Perdana Inggeris (EPL).

Perkembangan ini hadir selepas EPL memperkenalkan peraturan baharu yang mengharamkan pengutip bola berbuat demikian bagi mengelakkan pergaduhan di tepi padang dan pasukan tuan rumah mendapat kelebihan yang tidak adil (unfair advantage), lapor ESPN.

Peraturan baharu ini akan menyaksikan pengutip bola akan mengutip bola dan meletakkan di atas kon yang disediakan di tepi padang.

Manakala, pemain-pemain pula akan mengambil bola yang tersedia di atas kon untuk menyambung permainan.

Baca: EFL Haram Lap Bola Sebelum Buat Lontaran Ke Dalam

Bagi mempercepatkan kelajuan permainan dan mengelakkan membuang masa permainan, EPL akan menyediakan 14 buah kon dan bola – tujuh bagi setiap belah padang.

Difahamkan, peraturan ini akan diimplemen bermula daripada perlawanan pada minggu ini – perlawanan minggu ke-30.

Berdasarkan peraturan terdahulu, pengutip bola akan mengutip bola yang terkeluar daripada permainan dan mengembalikannya secara terus kepada pemain.

Menerusi sistem ini, sesetengah barisan kejurulatihan tuan rumah akan “menasihatkan” pengutip-pengutip bola untuk mempercepatkan atau melambatkan-lambatkan memberikan bola kepada pemain tuan rumah atau pasukan lawan bergantung kepada skor semasa.

Komen