Artikel

PSM: Konsert Harris Jayaraj Pada 25 Mei Tak Sentuh Padang SNBJ

Padang Stadium Nasional Bukit Jalil (SNBJ) dijangka berada dalam keadaan baik untuk digunakan skuad bola sepak kebangsaan bagi menghadapi Chinese Taipei pada 11 Jun.

Aksi tersebut merupakan perlawanan terakhir melibatkan Malaysia bimbingan Kim Pan-gon peringkat Kumpulan D pada Pusingan 2 Kelayakan Piala Dunia 2026/Piala Asia 2027. 

Ini selepas Perbadanan Stadium Malaysia (PSM) mengesahkan tiada apa-apa program melibatkan penggunaan padang sehingga tarikh perlawanan berkenaan melainkan perlawanan “Battle of The Reds” yang menghimpunkan bekas pemain-pemain Manchester United dan Liverpool pada 27 April.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by AllStar Sports (@allstarsports.asia)

Perlawanan terbabit akan menampilkan beberapa bekas pemain berstatus legenda yang tidak asing dalam kalangan peminat tegar bagi kedua-dua kelab berkenaan seperti Dwight Yorke, Teddy Sheringham, Wes Brown, Mikael Silvestre, Dimitar Berbatov, Emile Heskey, Glen Johnson, Luis Garcia, John Arne Riise, Steve McManaman dan ramai lagi.

Baca: Legenda Liverpool, Man Utd Beraksi Di SNBJ Pada 27 April 2024

Bagaimanapun, PSM memaklumkan akan berlangsungnya sebuah konsert melibatkan komposer dari India, Harris Jayaraj pada 25 Mei – sekitar dua minggu sebelum berlangsungnya perlawanan Malaysia menentang Chinese Taipei.

Namun begitu, PSM memaklumkan menerusi satu kenyataan yang dikongsikan di platform media sosialnya bahawa konsert tersebut hanya terhad di kawasan trek dan tidak melibatkan padang yang menggunakan rumput jenis zeon zoysia sama sekali.

Sebagai rekod, ketika kawasan padang tersebut digunakan untuk konsert melibatkan penyanyi Inggeris, Ed Sheeran pada 24 Februari lalu – kira-kira sebulan sebelum perlawanan menentang Oman – ianya tidak berada pada tahap optimum dan turut menyebabkan kecederaan buat pertahanan, Azam Azmi Murad.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by ShirazProjects (@shirazprojects)

komen