Negeri Sembilan FC yang menyasarkan untuk menamatkan saingan Liga Super 2024-25 sekurang-kurangnya di tangga kelapan melengkapkan kemasukan pemain import kelimanya.
Menerusi pengumuman di pelbagai platform media sosialnya, skuad berjulukan Hobin Jang Hobin mengisi slot pemain import tersebut dengan pemain dari Chungbuk Cheongju FC yang beraksi dalam saingan K-League 2 iaitu An Sang-su.
Difahamkan, khidmat pemain berusia 24 tahun dan beraksi di posisi tengah ini akan turut digunakan oleh skuad Negeri Sembilan Bawah 23 Tahun (B-23) dalam kancah Piala MFL.
Baca: CEO NSFC Kongsi ‘Clue’ Ketua Jurulatih Baharu, Guna 5 Pemain Import Hadapi Musim 2024-25
Sebelum ini, Negeri Sembilan telah menandatangani Jacque Faye (Senegal), Takumi Sasaki (Jepun), Aliyu Abubakar (Nigeria) serta meminjam Hein Htet Aung (Myanmar) dari Selangor FC untuk menghadapi Liga Malaysia 2024-25.
Kedatangan Sang-su dilihat telah memenuhi hasrat Negeri Sembilan yang menginginkan khidmat lima pemain import sahaja sepertimana dikongsikan Ketua Pegawai Eksekutifnya, Faliq Firdaus pada awal tahun ini.
View this post on Instagram
Featured Image: Negeri Sembilan FC