Para penyokong yang ingin menyaksikan Kedah Darul Aman FC (KDA FC) bermain di Stadium Darul Aman, Alor Setar dalam saingan Liga Malaysia 2024-25 perlu membayar RM5 lebih mahal berbanding musim lalu.
Perkembangan ini hadir selepas pihak pengurusan KDA FC memutuskan untuk menaikkan harga tiket bagi membantu kewangan skuad berjulukan Sang Kenari terbabit.
“Walaupun amaun yang dinaikkan bukanlah sekali ganda tetapi sedikit sebanyak dapat membantu kelab menstabilkan kos operasi setiap masa.” kata pemilik KDA FC, Tan Sri Dr. Mohd Daud Bakar menerusi sidang media pada hari ini.
Baca: SSI Jarang Penuh Biarpun Tiket Hanya RM10 Paksa JDT Berjimat?
Justeru, harga baharu yang perlu dibayar para penyokong untuk menyaksikan KDA FC bermain di Stadium Darul Aman adalah sebanyak RM20, RM30 dan RM40 bagi zon Terbuka, zon Pavillion dan zon Grandstand masing-masing.
Dr. Daud turut berkata kenaikan tersebut akan berkuatkuasa seawal aksi pramusim ketika KDA FC turun menentang Negeri Sembilan FC, Penang FC dan sebuah lagi pasukan yang akan diumumkan kelak pada 24 April, 30 April dan 4 Mei.
Featured Image: Kedah Darul Aman FC