Tze Yong Tersisih Daripada Skuad Piala Thomas – Alami Keadaan Jarang Berlaku Selepas Pembedahan
April 19, 2024 Hafizuddin Omar

Skuad lelaki menerima perkhabaran yang mendukakan iaitu kehilangan khidmat pemain No.2 tanah air, Ng Tze Yong kira-kira seminggu sebelum bermulanya saingan Piala Thomas 2024.

Ianya berikutan pemain yang bakal menjengah usia 24 tahun tersebut mengalami keadaan yang sangat jarang berlaku selepas pembedahan bermula awal minggu ini, demikian makluman daripada Persatuan Badminton Malaysia (BAM).

Susulan rundingan bersama kedua-dua doktor yang membedahnya dan doktor daripada Institut Sukan Negara (ISN), Tze Yong akan menjalani pembedahan untuk memulihkan gejala-gejala itu dan mempercepatkan proses pemulihannya.

Baca: Zii Jia Tak Sertai Latihan Pusat Skuad Piala Thomas 2024

Hasil daripada keputusan itu, Tze Yong yang berada pada ranking ke-18 dunia terpaksa disisihkan daripada skuad negara yang akan merebut Piala Thomas di Chengdu, China kelak.

Kesinambungan daripada perkembangan tu, BAM mengumumkan pemain beregu lelaki, Choong Hon Jian ditampilkan untuk menggantikan kekosongan yang Tze Yong dan menyertai latihan pusat dengan kadar segera.

Untuk makluman, skuad negara yang beraksi dalam saingan Piala Thomas kali ini ialah Lee Zii Jia, Leong Jun Hao, Cheam June Wei, Justin Hoh, Aaron Chia & Soh Wooi Yik, Nur Izzuddin & Goh Sze Fei serta Muhammad Haikal Nazri.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by BAM (@ba_malaysia)

Featured Image: Badminton Association of Malaysia

Komen