Hukuman Tolak 3 Mata Kekal Biarpun Tunggakan Gaji Kedah Sudah Selesai
April 22, 2024 Hafizuddin Omar

Kedah Darul Aman FC (Kedah) dilaporkan telah berjaya menyelesaikan bayaran tunggakan gaji pemain dan pegawainya bagi tahun 2023 sebelum tarikh akhir yang ditetapkan – 20 April 2024 pada jam 5 petang.

Perkaran tersebut disahkan sendiri oleh First Instance Body – sebuah badan bebas.

“Berdasarkan surat bertarikh 18 April 2024 serta dokumen pembayaran yang telah diserahkan kepada MFL (Malaysian Football League) yang kemudiannya disemak oleh FIB,”

“Kedah telah berjaya melunaskan kesemua tunggakan gaji pemain dan pegawai Liga Super, pasukan bawah 23 tahun, bawah 20 tahun dan bawah 18 tahun,” ujar Pengerusi FIB, Tuan Sheikh Mohd Nasir Sheikh Mohd Sharif 

Susulan pengesahan ini, skuad berjulukan Sang Kenari kekal mendapat Lesen Kebangsaan untuk membolehkannya beraksi dalam saingan Liga Super 2024-25.

Bagaimanapun, Sheikh Nasir memaklumkan terdapat dua pemain masih belum mendapat bayaran berikutan kes masih dalam perbicaraan Persekutuan Persatuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA) dan Majlis Penyelesaian Resolusi Kebangsaan (NDRC) iaitu pemain naturalisasi, Lee Tuck dan pemain import, Jonathan Balotelli.

Sementara itu, hukuman pemotongan tiga mata bagi pertandingan Liga Super 2024-25 dan denda sebanyak RM50,000 terhadap kekal berjalan.

Ini berikutan hukuman tersebut dikenakan atas kegagalan membuat penyelesaian penuh tunggakan gaji bagi tahun 2023 pada tarikh akhir, 30 Mac lalu – sebelum FIB memberikan lanjutan masa sehingga 20 April.

Featured Image: Kedah Darul Aman FC

Komen