Sports Direct Buka Cawangan Di Terengganu & Kelantan Penghujung 2024
April 23, 2024 Hafizuddin Omar

Salah satu gedung peralatan sukan terkemuka, Sports Direct Malaysia yang dimiliki oleh Frasers Group Asia akan membuka cawangan baharunya di dua buah negeri di pantai timur iaitu Terengganu dan Kelantan pada penghujung 2024.

Kedua-dua cawangan tersebut akan dibuka di Mayang Mall Terengganu dan Aeon Kota Bahru masing-masing.

Perkembangan itu dimaklumkan oleh Pengarah Urusan Frasers Group Asia, Pail Gibbons semasa sesi sarapan bersama pengamal media di Sunway Resort Hotel, Kuala Lumpur pada hari ini.

Baca: Sports Direct & FA Selangor Umum Kerjasama Selama 2 Tahun

Dalam sesi yang sama, Paul turut memaklumkan pihaknya akan membuka cawangan di Sunshine Mall Penang dan Bintang Mall Miri selain telah membuka secara rasmi Sports Direct di Aeon Tebrau, Johor baru-baru ini.

Bukan itu sahaja, Frasers Group Asia turut memaklumkan akan menempatkan semula dua cawangan Sports Direct “flagship stores”-nya di Mid Valley Mega Mall dan Sunway Pyramid dan sedia dikunjungi pembeli pada penghujung tahun ini.

Sebagai rekod, Sports Direct kini mempunyai 34 cawangan secara keseluruhan di Malaysia.

Untuk makluman, Sports Direct menawarkan pelbagai jenama sukan di kedai-kedainya seperti Nike, Adidas, Puma, Under Armour, New Balance dan Asics buat para pembelinya.

Selain itu, kedai-kedainya turut mempunyai ruangan khas untuk mempamerkan barangan-barangan daripada sukan-sukan utama seperti Larian, Bola Sepak, Latihan dan Sukan Luar.

Komen