Kelantan FC Nafi Ura-Ura Guna ‘Home’ Di Lembah Klang
April 24, 2024 Hafizuddin Omar

Pasukan yang dimiliki oleh ahli perniagaan dan pelaburan, Norizam Tukiman iaitu Kelantan FC kekal menjadikan Stadium Sultan Muhammad Ke-IV sebagai laman sendiri atau “home” bagi mengharungi saingan Liga A1 Semi Pro 2024-25.

Perkara tersebut disahkan menerusi pemberitahuan rasmi oleh pihak kelab berjulukan The Red Warriors menerusi pelbagai platform media sosialnya, semalam.

“Kelantan FC akan terus menjadikan Stadium Sultan Muhammad Ke-IV, Kota Bahru sebagai ‘home’ untuk saingan MBSB Liga A1 Semi Pro 2024,” tulisnya.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by TRW KELANTAN FC (@trwkelantanfc)

Baca: Kelantan Perlu Daftar Minimum 20 Pemain Atau Digugurkan Daripada Liga A1

Perkembangan tersebut sekaligus menafikan ura-ura yang telah tersebar di media sosial bahawa Kelantan FC mahu menggunakan stadium di Lembah Klang sebagai “home” untuk menghadapi saingan musim mendatang.

Ini berikutan pasukan-pasukan yang beraksi dalam Liga A1 Semi Pro itu kebanyakannya berpangkalan di Lembah Klang.

Difahamkan, uira-ura pemilihan “home” di Lembah Klang itu turut dipengaruhi oleh faktor kewangan.

Untuk makluman semua, saingan Liga A1 Semi Pro akan bermula 1 Jun kelak dan ditandingan sebanyak 16 pasukan terdiri daripada Armed Forces FC, Harini Selangor FT, Imigresen FC, Malaysian University, Melaka FC, YPM FC, Manjung City FC, PIB Shah Alam FC, Bukit Tambun FC, Machan FC, Gombak FA, Bunga Raya FC, KL Rovers, UiTM United, Putrajaya Athletic FC dan Kelantan FC.

Komen