Jersi Home & Away JDT 2024-25 Dijual RM299 Sehelai
April 25, 2024 Hafizuddin Omar

Gergasi bola sepak tanah air, Johor Darul Ta’zim (JDT) tampil melancarkan jersi “home” dan “away” terbarunya untuk mengharungi saingan Liga Malaysia dan Liga Juara-Juara AFC Elit (ACL Elite) 2024-25.

Pelancaran tersebut diadakan di gelanggang rasminya, Stadium Sultan Ibrahim dalam majlis yang turut dimeriahkan dengan kedatangan para penyokongnya, semalam.

Masih mengekalkan jenama Nike, jersi “home” baharu skuad berjulukan Harimau Selatan itu masih mengekalkan warna tradisi bendera negeri Johor iaitu merah dan biru. 

Bagaimanapun, berbeza dengan jersi “home” musim 2023 yang menggunakan corak “camouflage”, jersi “home” musim 2024-25 hadir dengan corak berjalur menegak penuh di bahagian hadapan sementara suku di bahagian belakang.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by JOHOR DARUL TA’ZIM FC (@officialjohor)

Baca: JDT Muncul Kelab Bola Malaysia Pertama Bentuk Kerjasama Dengan Socios.com

Manakala untuk jersi “away” pula kekal dengan warna putih disamping jalur merah di bahagian lengan dan juga leher.

Sementara itu, di bahagian dalam belakang kedua-dua jersi “home” dan “away” musim ini, disematkan nama julukannya “HARIMAU SELATAN” sekaligus menjadikannya sebagai tambahan ciri unik yang membezakannya dengan jersi musim lalu.

Pada masa yang sama, jersi baharu pada musim ini masih mengekalkan konsep rekaan berteknologi tinggi dari Nike iaitu Nike Dri-Fit.

Pelancaran kedua-dua jersi itu turut menyaksikan platform aplikasi Socios.com kekal menghiasi ruang tengah bahagian hadapan jersi “home” dan “away” – sama seperti yang dipaparkan pada jersi ketiganya berwarna hijau neon yang dilancarkan sekitar dua minggu lalu.

Untuk makluman, jersi “home” dan “away” JDT ini diletakkan tanda harga RM299 sehelai. Para penyokong yang berminat untuk membelinya boleh mendapatkannya menerusi stor dalam talian, JDT Online Store ataupun pembelian secara “walk-in” di JDT Direct Megastore di Stadium Sultan Ibrahim.

Featured Image: JOHOR Southern Tigers

Komen