Selangor FC Lancar Jersi Home 2024-25, Edisi Elite Dijual RM249
April 26, 2024 Hafizuddin Omar

Naib juara Liga Super 2023, Selangor FC tampil melancarkan jersi “home” terbarunya untuk disarung bagi menghadapi saingan Liga Malaysia dan Liga Juara-Juara AFC 2 (ACL2) 2024-25.

Pelancaran jersi keluaran Joma itu dilakukan secara atas talian dengan berkongsikan video berdurasi 2 minit dan 22 saat serta pelbagai grafik yang menerangkan berkenaan jersi terbabit menerusi pelbagai platform media sosialnya, semalam.

Pada musim 2023, Selangor FC menggunakan jersi serba merah tanpa sebarang corak padanya.

Bagaimanapun, musim 2024-25, Selangor FC tampil menampilkan jersi home dengan rekaan yang berbeza iaitu menggunakan corak berjalur menegak merah dan kuning – warna tradisinya sejak zaman berzaman.

View this post on Instagram

A post shared by Official Selangor FC (@selangorfc)

Baca: Selangor FC Rancang Bina Sistem & Aplikasi – Boleh Pesan Makanan, Hantar Ke Tempat Duduk Dalam Stadium

Sementara itu, dibahagian depannya, logo PKNS dan MBI kekal menghiasi bahagian tengah sementara logo KHIND dan Extrajoss diletakkan pada bahu kanan dan kiri pemakai.

Dibahagian belakang pula disematkan dengan logo Daikin, CITADELPLAY dan SUGARBOMB. Tidak dilupakan, di bahagian lengan kanan dan kiri diletakkan logo KDEB Waste Management dan MBPJ masing-masing.

Untuk makluman, terdapat dua versi bagi jersi ini iaitu Elite dan Replica dimana ianya dijual pada harga RM249 dan RM149 masing-masing. 

Pemegang kad RGTC 2024-25 pula diberikan diskaun sebanyak 10% untuk setiap pembelian jersi ini.

Kedua-dua jersi ini boleh dibeli oleh para penyokong skuad Merah Kuning bermula hari ini di Stadium Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ), Kelana Jaya bermula jam 3 petang semasa berlangsungnya Selangor Asia Challenge (SAC) 2024.

Featured Image: Selangor FC

Komen