AFF Lancar ASEAN United FC – Platform Digital Untuk 4 Kejohanan Utama
April 30, 2024 Hafizuddin Omar

Persekutuan Bola Sepak ASEAN (AFF) bersama-sama rakan komersilnya, Sportfive mengumumkan melancarkan ASEAN United FC – sebuah platform digital baharu yang memfokuskan empat kejohanan utama AFF.

Empat kejohanan yang dimaksudkan ialah Piala ASEAN Mitsubishi Electric 2024, Kejohanan Kelab ASEAN Piala Shopee, Kejohanan Wanita ASEAN dan Kejohanan B-23 ASEAN.

Baca: Nama Piala AFF Ditukar Menjadi Piala ASEAN Berserta Logo Baharu

ASEAN United FC merangkumi laman sesawang rasmi, aseanutdfc.com serta akaun-akaun media sosial merangkumi Facebook Page, X, Instagram, TikTok dan Youtube yang menggunakan “social media handle” aseanutdfc.

Baca: ASEAN Club Championship Dinamakan Sebagai Piala Shopee

Laman sesawang dan pelbagai platform media sosial tersebut akan sumber rasmi bagi berita serta informasi melibatkan keempat-empat kejohanan terbabit termasuk jadual dan laporan perlawanan, statistik masa nyata, rencana pemain dan pasukan, penstriman langsung dan program video eksklusif.

Sebagai tambahan, aseanutdfc.com akan turut menyertakan elemen komuniti untuk penglibatan berterusan penyokong-penyokong sepanjang tahun.

Komen