Grab Malaysia diperkenalkan sebagai Rakan E-Hailing & Pasaran Makanan Rasmi untuk Malaysian Football League (MFL).
Perkembangan ini hadir selepas kedua-dua entiti mengumumkan kerjasama strategik pada hari ini.
Menerusi kerjasama ini Grab berpeluang untuk berinteraksi dengan peminat bola sepak di lapangan, termasuk pengguna Grab, rakan pemandu dan penghantar Grab.
Selain itu, kerjasama ini bertujuan untuk meningkatkan pengalaman peminat bola sepak melalui pelbagai usaha, sama ada secara langsung di padang semasa perlawanan atau di aplikasi Grab bermula dari Piala Sultan Haji Ahmad Shah atau turut dikenali sebagai Perlawanan Sumbangsih pada 10 Mei nanti.
Baca: Grab Adalah Rakan E-Hailing & Penghantaran Makanan Rasmi FAM
Bersempena dengan perlawanan yang menemukan Johor Darul Ta’zim (JDT) dan Selangor FC terbabit, para peminat boleh menikmati pelbagai tawaran menarik untuk meraikan demam bola sepak di aplikasi Grab.
Pada masa yang sama, kerjasama ini akan menyokong MFL dalam misinya untuk memajukan lagi landskap bola sepak Malaysia, serta melambangkan matlamat bersama untuk memupuk bakat dan mendorong kemajuan dalam komuniti bola sepak.
Sokongan ini akan diperluaskan untuk memanfaatkan pelbagai entiti yang berada di bawah keleloan MFL termasuk Perlawanan Sumbangsih (Piala Sultan Haji Ahmad Shah), Liga Super, Piala FA, Piala Malaysia, MFL Challenge Cup dan Piala MFL.
Untuk makluman, perjanjian persefahaman antara Grab Malaysia dan MFL itu dihadiri Presiden MFL, Dato’ Ab Ghani Hassan; Ahli Lembaga Pengarah MFL, Joehari Ayub dan Senator Datuk Hishamuddin Yahaya; Pengarah Operasi dan Pengangkutan Grab Malaysia, Jiong Jian Tan dan Pengarah Hal Ehwal Awam dan Polisi Grab Malaysia, Ebi Azly Abdullah.
Featured Image: Malaysian Football League