IJN Anjur Run for Your Heart 2024 – Yuran Penyertaan RM70
May 6, 2024 Hafizuddin Omar

Bagi meraikan pesakit jantung kongenital dan meningkatkan kesedaran tentang penyakit tersebut, Institut Jantung Negara (IJN) tampil menganjurkan program larian Run For Your Heart 2024.

Program larian bertemakan “Heartful Strides, Colourful Vibes” tersebut diadakan pada 13 Julai kelak di Anjung Floria, Putrajaya.

Baca: Legenda Dunia, Diego Maradona Meninggal Dunia Pada Usia 60 Tahun

Pendaftaran bagi program larian ini telah dibuka di laman sesawang, heyjom.com dan akan tutup pada 2 Jun 2024 dengan tiga kategori dipertandingkan iaitu 5km kanak-kanak, 5km dewasa dan 7km dewasa.

Harga pendaftaran bagi larian ini adalah seperti berikut:

Setiap pendaftaran akan mendapat kit larian yang terdiri daripada t-shirt larian, nombor bib dan “fabric marker pen” untuk digunakan melukis dan mewarnakan t-shirt larian mengikut kreativiti masing-masing.

Peserta yang melukis dan mewarnakan t-shirt larian secara paling kreatif berpeluang untuk memenangi hadiah wang tunai bernilai RM1,000. 

Baca: Azizulhasni ‘The Pocket Rocketman’ Berlatih Sambil Berpuasa Sekitar 15 Jam

Menurut penganjur, kit larian boleh diambil pada 6 Julai bermula dari pukul 9 pagi hingga 3 petang di Lobi Utama Blok A, Institut Jantung Negara.

Bersempena dengan program larian ini, IJN selaku institusi pakar jantung turut membawakan pelbagai aktiviti khas untuk semua peserta dan pengunjung seperti Ujian Saringan Kesihatan Asas yang merangkumi ujian kolestrol, ujian gula dalam darah, ujian tekanan darah serta ECG (elektrokardiogram) dan ECHO.

Pada masa yang sama, terdapat juga aktiviti karnival yang menarik serta paparan penaja yang interaktif.

Komen