Tiket KDN FC vs Sabah Hanya RM10 – Diskaun RM5
May 14, 2024 Hafizuddin Omar

Harga tiket bagi perlawanan antara Kelantan Darul Naim FC (KDN FC) dan Sabah FC di Stadium Sultan Muhammad IV, Kota Bharu dijual pada harga RM10 sekeping sahaja bagi tempat duduk terbuka bersempena perlawanan pertama Liga Super 2024-25 di laman sendiri.

Ini selepas pihak pengurusan KDN FC bersetuju untuk membuat potongan harga atau diskaun sebanyak RM5 bagi setiap keping tiket sebagai tanda penghargaan atas sokongan padu semua pihak kepada pasukan yang baru sahaja dijenamakan daripada Kelantan United FC.

“Tiket tempat duduk terbuka akan dijual pada harga diskaun iaitu RM10.00 sahaja berbanding harga asal seperti diumumkan di laman rasmi iaitu dengan harga RM15.00 untuk sekeping tiket.” tulisnya kenyataan rasmi kelab.

View this post on Instagram

A post shared by Kelantan Darul Naim FC (@kelantan_unitedfc)

Baca: SSI Jarang Penuh Biarpun Tiket Hanya RM10 Paksa JDT Berjimat?

Bagaimanapun, tiket di tempat duduk astaka atau grandstand kekal pada harga RM25 sekeping.

Sementara itu, tiket bagi kanak-kanak berusia bawah 10 tahun serta pemegang kad OKU yang sah bersama seorang pengiring dibenarkan masuk secara percuma di tempat duduk terbuka.

Pada masa yang sama, keputusan ini turut didorong oleh kehadiran ramai penyokong KDN FC ke gelanggang lawan, Stadium Majlis Perbandaran Temerloh, semasa bertemu Sri Pahang FC pada Sabtu lalu.

“Pada perlawanan sulung baru-baru ini, kami lihat ramai penyokong yang bertandang ke arena lawan. Sangat ramai. Ini.menunjukkan sokongan padu peminat dan penyokong bola sepak Kelantan kepada KDN FC.”

View this post on Instagram

A post shared by Kelantan Darul Naim FC (@kelantan_unitedfc)

“Sebagai tanda penghargaan, terima kasih serta mahu penyokong membanjiri tempat duduk stadium pada pertemuan dengan Sabah FC, kami bersetuju menurunkan harga tiket bagi tempat duduk terbuka.”

“KDN FC menjemput semua peminat dan penyokong bola sepak negeri Kelantan untuk hadir beramai-ramai pada 17 Mei ini sekaligus memberi sokongan tidak berbelah bahagi kepada pemain untuk berjuang memburu tiga mata penuh menentang skuad bintang bimbingan Datuk Ong Kim Swee itu nanti.” ujar Presiden KDN FC, YB Rozi Muhamad.

Dimaklumkan, jualan awal tiket fizikal akan bermula pada 16 Mei (Khamis) di Kedai Merchandise KDN FC dari jam 12 tengah hari sehingga 10.30 malam manakala jualan secara atas talian (online) pula bermula dari 14 Mei (Selasa).

Komen