EPL Bakal Buat Undian Untuk Mansuh VAR
May 16, 2024 Hafizuddin Omar

Premier League (PL) akan mengadakan mesyuarat agung tahunan pada bulan hadapan dan antara perkara yang akan diusulkan adalah undian samada memansuhkan sistem Video Bantuan Pengadil (VAR) atau tidak pada musim hadapan, lapor BBC.

Salah satu kelab yang beraksi dalam kancah Premier League, Wolverhampton Wanderers, dimaklumkan telah menghantar resolusi berkenaan kepada penganjur.

Baca: FIFA Luluskan Penggunaan VAR Di Liga Malaysia

Dalam resolusi tersebut, Wolves berkata, VAR telah menyebabkan kesan negatif yang merosakkan hubungan antara peminat dan bola sepak.

Untuk menentukan samada sistem VAR di kancah tersebut dimansuhkan atau tidak, ianya mestilah mendapatkan undian dua per tiga majoriti iaitu 14 undian daripada 20 kelab bertanding.

Sebagai rekod, VAR telah diperkenalkan dalam kancah Premier League bermula musim 2019-20 untuk membantu para pengadil mengelakkan kesilapan yang jelas selain membuat keputusan yang lebih tepat.

Featured Image: Premier League

Komen