Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC) tampil mendedahkan dan melancarkan secara rasmi logo serta identiti baharu bagi empat kejohanan kelab tertinggi anjurannya di benua asia, pada hari ini.
Kejohanan-kejohanan yang menerima logo dan identiti baharu itu ialah Liga Juara-Juara AFC Elit (ACLE), Liga Juara-Juara AFC 2 (ACL2), Liga Cabaran AFC (ACGL) yang merupakan tier 1, 2 dan 3 masing-masing serta Liga Juara-Juara AFC Wanita (AWCL).
Keempat-empat logo dan identiti baharu itu dilancarkan bersempena dengan Kongres AFC Kali Ke-34 di Bangkok, Thailand pada hari ini.
Bukan itu sahaja, saingan ACLE dan ACL2 yang dahulunya dikenali sebagai ACL dan Piala AFC akan hadir dengan rekaan trofi baharu.
✨ 𝐀 𝐍𝐄𝐖 𝐃𝐀𝐖𝐍✨
— AFC (@theafcdotcom) May 16, 2024
𝗚𝗲𝘁 𝗿𝗲𝗮𝗱𝘆 𝗳𝗼𝗿 𝗮 𝗻𝗲𝘄 𝗰𝗵𝗮𝗽𝘁𝗲𝗿 𝗶𝗻 𝗔𝗙𝗖 𝗰𝗹𝘂𝗯𝘀 𝗰𝗼𝗺𝗽𝗲𝘁𝗶𝘁𝗶𝗼𝗻𝘀!
AFC Champions League Elite
AFC Champions League Two
AFC Challenge League
AFC Women's Champions League#ACLElite | #ACLTwo | #ChallengeLeague | #AWCL pic.twitter.com/3kP39B8ZUm
Baca: AFC Menjenamakan ACL Kepada ACL Elite – Format Baharu & Juara Raih AS$12 Juta
Ianya berdasarkan kepada rekaan logo baharu ACLE dan ACL2 yang turut disematkan dengan reka bentuk trofi – lain daripada bentuk trofi ACL dan Piala AFC sebelum ini.
Sebagai selingan, dua pasukan dari Liga Malaysia iaitu Johor Darul Ta’zim (JDT) dan Selangor FC akan beraksi dalam saingan ACLE dan ACL2 musim 2024-25 masing-masing.
Saingan ACLE akan disertai oleh 24 kelab terbaik di benua asia manakala kancah ACL2 pula akan ditandingi sebanyak 32 kelab.
Kejohanan bertaraf tier 3, ACGL, yang akan julung kalinya dianjurkan AFC bermula dari musim 2024-25 pula akan melibatkan 20 buah kelab sementara AWCL pula akan ditandingi oleh 12 buah kelab.