Lakaran wajah individu yang dikehendaki berkaitan kes simbah asid melibatkan penyerang skuad kebangsaan Faisal Halim atau nama glamornya, Mickey, dikeluarkan oleh Polis Diraja Malaysia (PDRM).
Berdasarkan edaran fotofit di pelbagai platform media sosial milik PDRM, suspek tersebut dianggarkan berusia 30 tahun, berketinggian 1.65 meter, susuk badan sederhana dan berkulit sawo matang.
Baca: Mickey Lancar FH7 Official – Jenama Koleksi Peribadi Di Aeon BiG
“Orang ramai yang mengenali atau mempunyai maklumat mengenai individu berwajah seperti lakaran fotofit tersebut diminta untuk menghubungi Pegawai Penyiasat Unit Siasatan Jenayah Terkelas, Bahagian Pendakwaan / Undang-Undang (D5), Jabatan Sisatan Jenayah Bukit Aman, Insp. Jagachandran a/l Murugesen.” demikian kenyataan daripada Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain.
Ianya boleh dilakukan dengan tampil ke mana-mana balai polis berhampiran bagi membantu PDRM dalam mengesan suspek dan membuat siatasan lanjut berkaitan kes tersebut.
Featured Image: Polis Diraja Malaysia (Royal Malaysia Police)