IJN DIlantik Sebagai Rakan Perubatan BAM Selama 3 Tahun
May 20, 2024 Hafizuddin Omar

Institut Jantung Negara (IJN) kini dilantik sebagai Rakan Perubatan Persatuan Badminton Malaysia (BAM) bagi tempoh tiga tahun, bermula hari ini.

Lantikan itu hadir susulan IJN dan BAM bersetuju untuk mengadakan kolaborasi yang akan memberikan manfaat besar kepada pemain-pemain BAM.

Perjanjian kolaborasi itu telah ditandatangani oleh kedua-dua pihak, Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) IJN, Datuk Dr. Aizai Aizan Abdul Rahim dan Presiden BAM, Tan Sri Dato’ Sri (Dr.) Norza Zakaria dalam satu majlis yang berlangsung di Axiata Arena, tengah hari tadi.

Baca: IJN Anjur Run for Your Heart 2024 – Yuran Penyertaan RM70

Dimaklumkan, perjanjian tersebut bernilai RM149,000 setahun yang meliputi saringan perubatan untuk sepuluh pemain kebangsaan dan 60 pemain remaja di bawah BAM selain perlindungan perubatan.

Bukan itu sahaja, IJN juga dillantik sebagai Rakan Perubatan Rasmi untuk tiga kejohanan utama kelolaan Persekutuan Badminton Antrabangsa (BWF) di Malaysia iaitu Terbuka Malaysia, Malaysia Masters dan kejohanan Super 100 sepanjang tempoh perjanjian terbabit.

Ambulans dan ahli perubatan IJN akan ditempatkan di kejohanan-kejohanan terbabit, dalam keadaan bersiap sedia, bermula dengan saingan Malaysia Masters 2024 yang berlangsung sepanjang minggu ini, 21hb hingga 26hb Mei 2024.
Featured Image: Badminton Association of Malaysia

Komen