Piala ASEAN 2024: Harimau Malaya, Gajah Perang Dalam Kumpulan A
May 21, 2024 Hafizuddin Omar

Skuad bola sepak kebangsaan atau nama julukannya, Harimau Malaya akan bertembung pasukan No.1 bagi rantau asia tenggara iaitu Thailand pada peringkat kumpulan Piala ASEAN (dahulunya dikenali sebagai Piala AFF) edisi ke-15.

Ini berikutan Malaysia bimbingan Kim Pan-gon diletakkan dalam Kumpulan A bersama-sama skuad Gajah Perang merangkap juara tujuh kali kejohanan terbabit selepas berlangsungnya majlis undian rasmi, pada hari ini.

Pada masa yang sama, kumpulan terbabit turut diisi dengan skuad negara seberang tambak iaitu Singapura serta Kemboja dan pemenang pusingan kelayakan samada Brunei atau Timor Leste.

Baca: AFF Tak Setuju Ubah Tarikh Penganjuran Piala ASEAN, Malaysia Hantar Skuad Campuran

Sementara itu, Kumpulan B pula dibarisi oleh juara dua kali, Vietnam serta Indonesia, Filipina, Myanmar dan Laos. 

Untuk makluman semua, kejohanan ini dijadualkan berlangsung dari 23hb November hingga 21hb Disember 2024.

Sebagai rekod, edisi penganjuran pada tahun 2010 menjadi satu-satunya edisi yang berhasil dimenangi oleh Malaysia selepas skuad kebangsaan bimbingan Datuk K. Rajagobal berjaya menumpaskan Indonesia dalam perlawanan akhir.

Featured Image: ASEAN United FC

Komen