Sekurang-kurangnya sepasang beregu lelaki negara disahkan akan mewarnai pentas suku akhir di Malaysia Masters 2024.
Ini selepas dua beregu lelaki negara atau lebih tepat, yang berada di bawah naungan Persatuan Badminton Malaysia (BAM) berhasil melakar kemenangan ke atas lawan masing-masing pada pusingan 32, hari ini.
Pasangan pertama yang melakar kemenangan terbabit adalah gandingan Man Wei Chong dan Tee Kai Wun dengan menumpaskan wakil Chinese Taipei yang menghuni ranking ke-57 dunia, Chiang Chien-wei dan Wu Hsuan-yi.
@sukanzcom Sedikit perubahan strategi diterapkan Man Wei Chong & Tee Kai Wun membolehkan mereka membalas dendam terhadap kekalahan di tangan Chiang-Wu dalam saingan Terbuka Australia tahun lalu. Kempen Man-Tee di Malaysia Masters 2024 diteruskan ke pusingan 16 #SukanDiTiktok ♬ original sound – Sukanz
Pertarungan itu berjaya dimenangi Wei Chong-Kai Wun secara “straight set” menerusi skor 22-20 dan 21-12 sekaligus membalas dendam terhadap kekalahan di tangan lawan yang sama dalam saingan Terbuka Australia 2023.
Baca: Touch ‘n Go Charm ‘Bulu Tangkis’ NFC Dijual Sempena Malaysia Masters 2024
Tidak lama kemudian, beregu lelaki negara yang menghuni ranking ke-27 dunia, Choong Hon Jian dan Muhammad Haikal mengikuti jejak langkah terbabit apabila berhasil menjinakkan Nur Mohd Azriyn dan Tan Wee Kiong pada peringkat yang sama.
Hon Jian-Haikal meraih kemenangan ke atas gandingan senior tersebut juga secara “straight set” dengan pungutan mata 22-20 dan 21-19.
Sebagai tambahan, pertembungan melibatkan Wei Chong-Kai Wun dan Hon Jian-Haikal yang dijadualkan pada Khamis kelak bakal menjadi yang pertama seumpamanya di pentas antarabangsa.
@sukanzcom Reaksi Hon Jian-Haikal selepas perlawanan pusingan 32 Malaysia Masters 2024 #SukanDiTiktok ♬ original sound – Sukanz
Featured Image: Badminton Association of Malaysia