AFL Tak Cari Pengganti Kelantan, Hanya 15 Kelab Sertai Liga A1
May 25, 2024 Hafizuddin Omar

Kekosongan ditinggalkan Kelantan FC yang menarik diri daripada saingan Liga A1 Semi-Pro 2024-25 tidak akan digantikan dengan mana-mana kelab lain, demikian makluman Amateur Football League (AFL).

Sebaliknya, Liga A1 atau nama komersilnya, MBSB Bank Championship yang secara tidak rasminya menjadi divisyen kedua bola sepak tanah air itu akan diteruskan dengan penyertaan 15 buah kelab sahaja.

“…Kelantan FC membuat keputusan untuk menarik diri memandangkan pasukan terbabit masih lagi dikenakan sekatan perpindahan pemain oleh FIFA menyebabkan mereka hanya boleh mendaftar pemain sedia ada,”

Baca: Kelantan Tarik Diri Liga A1 Semi-Pro, Mahu Selesaikan Tunggakan Gaji & Kes FIFA

“Walaupun Kelantan FC telah berusaha sebaik mungkin, namun mereka tidak berjaya mendaftarkan minimum 20 pemain sebagaimana yang kita tetapkan kepada semua pasukan,” kata Pengerusi AFL, Datuk Wira Mohd. Yusoff Mahadi menerusi kenyataan yang dikongsikan kepada media, hari ini.

Untuk makluman, 15 buah kelab yang menyertai musim kedua saingan Liga A1 (dahulunya dikenali sebagai Liga M3) itu terdiri daripada 10 kelab sedia ada dan lima kelab baharu.

Senarai 15 kelab tersebut adalah seperti berikut:

  1. Armed Forces FC
  2. Harini Selangor FT
  3. Imigresen FC
  4. Malaysian University
  5. Melaka FC
  6. YPM FC
  7. Manjung City FC
  8. PIB Shah Alam
  9. Bukit Tambun FC
  10. Machan FC
  11. Gombak FC
  12. Bunga Raya Damansaran FC
  13. KL Rovers
  14. UiTM United
  15. PT Athletic FC (sebelum ini bernama Putrajaya Athletic FC)

Sebagai tambahan, saingan Liga A1 2024-25 akan membuka tirainya pada 1 Jun kelak dan berakhir pada Februari 2025 dengan menjanjikan sebanyak 210 perlawanan secara keseluruhan.

View this post on Instagram

A post shared by Amateur Football League (@afl_my)

 

Komen