Norza Letak Jawatan Presiden BAM – 2 Minggu Selepas Sukan Olimpik
May 25, 2024 Hafizuddin Omar

Tan Sri Dato’ Sri (Dr.) Mohamad Norza Zakaria mengumumkan beliau akan meletakkan jawatan selaku Presiden Persatuan Badminton Malaysia (BAM) kira-kira dua minggu selepas selesainya temasya Sukan Olimpik 2024 di Paris, Perancis.

Untuk makluman, Sukan Olimpik edisi ke-33 tersebut akan berlangsung dari 26 Julai hingga 11 Ogos kelak.

Dijangka tarikh 24 Ogos menjadi hari terakhirnya bergelar presiden bagi badan induk badminton tanah air terbabit.

Baca: 5 Wakil Badminton Malaysia Layak Ke Sukan Olimpik 2024

Perkara tersebut diumumkan Norza selepas berlangsungnya Mesyuarat Ahli Majlis BAM di Axiata Arena, hari ini.

Susulan pengumuman terbabit, Norza yang juga merupakan Presiden Majlis Olimpik Malaysia (MOM) memaklumkan bahawa Timbalan Presiden I BAM, Datuk V. Subramaniam akan memangku jawatan Presiden BAM sehingga berlangsungnya Mesyuarat Agung Tahunan (AGM) pada penghujung penggal ini – dijangka April hingga Jun 2025.

Sebagai rekod, Norza mula berperanan sebagai Presiden BAM pada tahun 2017 menggantikan Tan Sri Tengku Mahaleel Tengku Ariff.

Featured Image: Badminton Association of Malaysia

Komen