Harimau Malaya Hilang Seorang Lagi Penyerang – Darren Lok Cedera Hamstring
May 28, 2024 Hafizuddin Omar

Skuad bola sepak kebangsaan kian tempang.

Selepas kehilangan khidmat pemain serangan iaitu Faisal Halim, Arif Aiman, Romel Morales dan Syafiq Ahmad, skuad berjulukan Harimau Malaya bimbingan Kim Pan-gon hilang seorang lagi pemain di posisi serangan.

Pemain yang dimaksudkan itu ialah Darren Lok – pemain berdarah campuran Malaysia-England yang berusia 33 tahun – yang menjaringkan gol tunggal penting ketika menentang Chinese Taipei pada aksi kedua peringkat Kumpulan D, Pusingan 2 Kelayakan Piala Dunia 2026/Piala Asia 2027.

Baca: Ini Senarai Kecederaan Melibatkan Barisan Serangan Harimau Malaya

Khidmat Darren tidak dapat digunakan oleh Harimau Malaya berikutan mengalami kecederaan hamstring selepas melakukan pemeriksaan dan disahkan oleh doktor pada hari ini.

Perkara tersebut dimaklumkan sendiri oleh pihak Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) menerusi satu kenyataan media yang dikongsikan di pelbagai platform media sosialnya, sebentar tadi.

Susulan daripada berita yang mendukacitakan tersebut, barisan kejurulatihan bertindak memanggil pemain Kuching City FC, Nur Shamie Iszuan yang berada dalam Senarai Bersedia untuk melaporkan diri ke kem latihan pusat skuad kebangsaan bermula hari ini.

View this post on Instagram

A post shared by FA Malaysia (@famalaysia)

Featured Image: Football Association of Malaysia

Komen