RTM Siar Aksi Kyrgyzstan vs Malaysia Secara Langsung – Sepak Mula 11 Malam
June 5, 2024 Hafizuddin Omar

Aksi Republik Kyrgyzstan melayan kunjungan Malaysia bimbingan Kim Pan-gon dalam Pusingan 2 Kelayakan Piala Dunia 2026/Piala Asia 2027 dapat disaksikan oleh penyokong di tanah air secara langsung menerusi saluran televisyen milik Radio Televisyen Malaysia (RTM).

Sepak mula perlawanan kelima peringkat Kumpulan D itu dijadualkan bermula jam 11 malam (waktu Malaysia), 6 Jun 2024, bertempat di Stadium Dolen Omurzakov di Bishkek yang mempunyai kapasiti sekitar 23,000 tempat duduk.

Baca: Ini Senarai Kecederaan Melibatkan Barisan Serangan Harimau Malaya

Siaran langsung secara percuma itu akan dapat disaksikan menerusi saluran TV Okey dan Sukan RTM. Tidak ketinggalan, ianya juga dapat distrim secara langsung menerusi aplikasi RTMKlik.

Pada saat ini, Kyrgyzstan yang menghuni ranking ke-100 dunia sedang memimpin Kumpulan D biarpun berkongsi sembilan mata dengan Oman – ranking ke-77 dunia.

Manakala Malaysia pula sedang berada di kedudukan ketiga dalam Kumpulan D hasil memungut enam mata.

Berdasarkan situasi itu, Malaysia mencatatkan kemenangan ke atas Kyrgyzstan serta Chinese Taipei pada 11 Jun kelak jika mahu mara ke Pusingan 3 Kelayakan Piala Dunia 2026 serta melayakkan diri lebih awal ke saingan Piala Asia 2027.

Featured Image: Football Association of Malaysia

Komen