Premier League Kekal Guna VAR, Perkenalkan SAOT
June 7, 2024 Hafizuddin Omar

Saingan divisyen tertinggi bola sepak England iaitu Premier League akan terus menggunakan sistem Video Bantuan Pengadil (VAR) pada musim berikutnya.

Keputusan ini dicapai selepas majoriti kelab-kelab yang bertanding dalam saingan tersebut mengundi untuk mengekalkannya dalam satu sesi undian yang berlangsung semasa Mesyuarat Agung Tahunan (AGM), semalam.

Menurut The Athletic, sebanyak 19 daripada 20 kelab yang mengundi untuk mengekalkan sistem berkenaan.

Bagaimanapun, Premier League bersetuju bahawa penambahbaikan terhadap sistem berkenaan perlu dilakukan untuk manfaat kepada permainan dan para penyokong.

“Sebagai sebahagian daripada perbincangan menyeluruh di AGM, satu persetujuan telah dicapai oleh Professional Game Match Officials Limited (PGMOL), pihak Premier League dan kesemua kelab bertanding mempunyai peranan penting untuk membantu meningkat sistem dan reputasinya.

Baca: Perlawanan Super Cup & UCL 2022-23 Akan Guna Teknologi Ofsaid Separa Automatik – SAOT

Bagi melakukan penambahbaikan terhadap sistem VAR, Premier League setelah melakukan perbincangan bersama kelab-kelab yang bertanding akan menumpukan terhadap beberapa aspek termasuk memperkenalkan Teknologi Ofsaid Separa Automatik (SAOT) pada musim luruh 2024 sepertimana disahkan pada April lalu.

Untuk makluman, resolusi untuk memansuhkan sistem VAR ini telah dihantar oleh Wolverhampton Wanderers sekitar pertengahan Mei baru-baru ini.

Featured Image: Premier League

Komen