Penyerang bintang yang baru sahaja melengkapkan perpindahan ke Real Madrid, Kylian Mbappe mengalami patah hidung ketika mewakili Perancis menentang Austria dalam perlawanan pertama Kumpulan D di kejohanan Euro 2024, awal pagi tadi (waktu Malaysia).
Pemain lincah berusia 25 tahun mengalami kecederaan tersebut apabila hidungnya tertonyoh pada bahu pertahanan Austria, Kevin Danso semasa melompat untuk menanduk bola di udara pada penghujung permainan.
Insiden itu menyebabkan hidungnya berdarah dan ketua jurulatih, Didier Deschamps mengeluarkannya dan menggantikannya dengan penyerang veteran iaitu Olivier Giroud.
Selepas tamat permainan, Deschamps mengesahkan Mabappe yang juga merupakan kapten skuad berjulukan Les Bleus itu mengalami patah tulang hidung.
🚨🇫🇷 Didier Deschamps: “Yes, Kylian Mbappé has probably broken his nose”,
— Fabrizio Romano (@FabrizioRomano) June 17, 2024
told TF1.
In that case, Mbappé would wear a mask for the rest of the Euros. pic.twitter.com/5dLrACmpNS
Baca: Real Madrid Ikat Mbappe Sehingga Hujung Musim 2028-29
Menurut laporan agensi berita di eropah, Mbappe telah kembali ke kem latihan skuad kebangsaannya selepas melakukan pemeriksaan radiologi di sebuah hospital di Düsseldorf.
Difahamkan, Mbappe akan diberikan rawatan bagi tempoh beberapa hari mendatang tanpa perlu menjalani pembedahan segera.
Untuk perlawanan seterusnya peringkat Kumpulan D, Perancis akan berhadapan Belanda yang menghuni ranking ketujuh dunia dan keadaan Mbappe meragukan samada boleh diturunkan atau tidak pada perlawanan tersebut.
Terdahulu, Perancis yang gagal mara ke peringkat suku akhir dalam Euro edisi terdahulu berhasil menyudahkan perlawanan pertamanya kemenangan tipis 1-0 ke atas Austria.
Kemenangan itu hadir menerusi gol tunggal yang dijaringkan sendiri oleh pertahanan Austria, Maximilian Wöber susulan bola yang terbias daripada hantaran lintang oleh Mbappe.
Featured Image: UEFA EURO 2024