Perseorangan lelaki badminton para negara, Cheah Liek Hou, 36 tahun, mencipta satu lagi kejayaan dalam kariernya apabila merangkul satu lagi kejuaraan di kejohanan 4 Nations Para Badminton International Scotland 2024.
Pemain yang bakal mewakili kontinjen Malaysia ke temasya Paralimpik 2024 itu meraih kejuaraan berkenaan selepas menumpaskan Fang Jen-yu dari Chinese Taipei dalam perlawanan akhir yang berlangsung, semalam.

Baca: Filem ‘GOLD’ Inspirasi Cheah Liek Hou Rangkul Emas Paralimpik Ditayangkan 4 Julai
Dalam perlawanan tersebut, Liek Hou yang beraksi dalam kategori SU5 (kecacatan fizikal) merakamkan kemenangan secara “straight set” ke atas Jen-yu menerusi skor 21-12 dan 21-19.
Kejuaraan tersebut sekaligus membolehkan Liek Hou mencipta “hatrik” – menjuarai kejohanan 4 Nations Para Badminton International Scotland tiga kali berturut-turut bermula edisi 2022 dan 2023.
Tambah Liek Hou, tumpuannya selepas ini akan terarah kepada Paralimpik yang akan berlangsung dari 28 Ogos hingga 8 September.
Featured Image: Facebook Cheah Liek Hou