Ranking BWF: Justin Rekod Peningkatan Besar
June 25, 2024 Hafizuddin Omar

Pemain badminton perseorangan lelaki negara yang berusia 20 tahun, Justin Hoh merekodkan satu peningkatan besar dan ketara dalam kedudukan Ranking Dunianya.

Kemaskini oleh Persekutuan Badminton Dunia (BWF) pada hari ini memperlihatkan Justin meningkat sebanyak 25 anak tangga sekaligus menghuni ranking ke-118 untuk minggu ke-26 ini.

Peningkatan besar tersebut disumbangkan menerusi kejayaannya mara sehingga ke peringkat suku akhir saingan Kaohsiung Masters 2024 pada minggu lalu yang memberikannya tambahan sebanyak 3,030 mata.

Secara keseluruhannya, Justin kini telah mengumpul 15,962 mata.

Baca – Kaohsiung Masters: Justin Kejutkan Pemain No.38 Dunia

Sementara itu, kedudukan pemain perseorangan yang bergerak secara bebas (independent), Cheam June Wei kekal di ranking ke-61 dunia biarpun berhasil bergelar naib juara di Kaohsiung Masters yang bertaraf Super 100 terbabit.

Pada masa yang sama, kemaskini itu menyaksikan kedudukan perseroangan No.1 dan No.2 negara, Lee Zii Jia dan Ng Tze Yong kekal di ranking ketujuh dan ke-18 dunia.

Manakala kedudukan Leong Jun Hao selaku perseorangan No.3 negara pula meningkat sebanyak satu anak tangga dan menjadikan dia menghuni ranking ke-27 dunia bermula hari ini.

Featured Image: Badminton Association of Malaysia

Komen