BAJC: Perseorangan Lelaki China Meninggal Dunia Selepas Rebah Ketika Menentang Jepun
July 1, 2024 Hafizuddin Omar

Arena badminton antarabangsa menerima perkhabaran yang mendukacitakan apabila pemain perseorangan lelaki dari China, Zhang Zhi Jie meninggal dunia ketika selepas rebah ketika beraksi di Kejohanan Badminton Remaja Asia (BAJC) 2024, Yogyakarta, Indonesia semalam.

Insiden malang terbabit berlaku ketika pemain sedang meningkat naik berusia 17 tahun berkenaan turun mewakili China menentang wakil Jepun,  Kazuma Kawano dalam saingan berpasukan campuran pada peringkat Kumpulan D.

Menurut kenyataan bersama oleh Badminton Asia (BA) dan Persatuan Badminton Seluruh Indonesia (PBSI), insiden itu bermula dengan Zhi Jie rebah dan tidak sedarkan diri di atas gelanggang sebelum didatangani oleh doktor dan pasukan perubatan.

View this post on Instagram

A post shared by Badminton Asia (@badmintonasia.official)

Baca: Pemegang Rekod Dunia Maraton, Kelvin Kiptum Meninggal Dunia Usia 24 Tahun

Ketika itu, kedudukan Zhi Jie dan Kazuma dan sedang terikat 11-11.

Selepas itu, Zhi Jie dikejarkan ke hospital dengan ambulans yang telah tersedia di venue kejohanan sebelum BA dan PBSI mengesahkan kematian pemain tersebut pada jam 11.20 malam waktu tempatan.

Dalam kenyataan yang sama, BA, PBSI dan jawatankuasa penganjur mengucapkan takziah kepada ibu bapa Zhi Jie, keluarga dan Persatuan Badminton China (CBA).

“Dunia badminton kehilangan seorang pemain berbakat,” tulis kenyataan tersebut.

View this post on Instagram

A post shared by Badminton Asia (@badmintonasia.official)

Featured Image: Badminton Association of Malaysia

Komen