Video: Kerja-Kerja Merobohkan Stadium Shah Alam Telah Bermula
July 2, 2024 Hafizuddin Omar

Gelanggang berkapasiti sekitar 80,000 tempat yang duduk yang pernah menjadi “home” bagi Selangor FC iaitu Stadium Shah Alam telah mula dirobohkan.

Kerja-kerja perobohan itu telah dimulakan semalam, 1hb Julai, dan disahkan sendiri oleh Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Menteri Besar Selangor (Incorporated), Ts. Saipolyazan M Yusop.

“Sempat singgah ke Stadium Shah Alam untuk melihat kerja perobohan dimulakan pada hari ini (semalam) 1 Julai 2024.” katanya menerusi perkongsian melalui akaun media sosial rasminya.

Beliau yang juga Ahli Lembaga Selangor FC turut mengarahkan kepada kontraktor yang terlibat supaya kerja-kerja merobohkan stadium yang mengambil inspirasi daripada rekaan Stadium Poljud di Croatia itu tidak memberi gangguan besar kepada penduduk sekitarnya.

@sukanzcom

Kerja-kerja merobobkan Stadium Shah Alam telah bermula 1 Julai 2024 sekaligus membuka laluan kepada pembinaan dan pembangunan Kompleks Sukan Shah Alam (KSSA) yang baharu. Video perkongsian daripada CEO Kumpulan MBI, Ts. Saipolyazan M Yusop #SukanDiTiktok

♬ original sound – Sukanz – Sukanz

Baca: Stadium MBPJ Kini Berkapasiti 10,661 Tempat Duduk

“Saya mengarahkan pasukan projek dan kontraktor memastikan parameters pemantauan seperti bunyi, habuk, air, trafik dan lain-lain sentiasa dipantau bagi memastikan seminimun gangguan kepada penduduk sekitar.” tambahnya lagi.

Kerja-kerja perobohan ini dimulakan bagi membuka laluan kepada pembinaan dan pembangunan Kompleks Sukan Shah Alam (KSSA) yang baharu.

Kompleks itu akan menempatkan sebuah stadium khusus untuk bola sepak yang dilengkapi dengan padang boleh alih, berkapasiti sekitar 40,000 tempat duduk, bumbung lutsinar dan pelbagai lagi.

Disekitarnya pula akan dibina taman rekreasi, trek riadah, arena tertutup, tempat meletak kenderaan, masjid, ruang niaga, hotel dan lain-lain lagi.

Dimaklumkan pembinaan kompleks ini dibahagikan kepada tiga fasa dimana Fasa 1, 2 dan 3 akan dijadualkan siap pada akhir 2026, 2028 dan 2029 masing-masing.

Komen