Ura-Ura Tinggalkan MFL, Ini Jawapan Stuart Ramalingam
July 5, 2024 Hafizuddin Omar

Tular topik perbincangan di pelbagai platform media sosial bahawasanya Datuk Stuart Ramalingam akan melepaskan jawatan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Malaysian Football League (MFL).

Bagaimnapun, Stuart menerusi satu kenyataan yang dikongsikan wakil MFL kepada para pengamal media menyatakan beliau masih memberikan komitmen penuh kepada badan pengelola liga tempatan itu.

Bagaimanapun, beliau mengesahkan kontraknya akan berakhir dalam tempoh tidak sampai dua bulan lagi sedang dibincangkan dengan MFL.

Baca: Sultan Selangor Murka Dengan Keputusan MFL – Tak Masuk Akal & Berlebihan

“Apa yang boleh saya katakan pada ketika ini saya masih komited dengan MFL dan perbincangan mengenai kontrak saya yang berakhir penghujung Ogos ini masih berjalan.” katanya.

Sebagai rekod, Stuart mula bertugas sebagai CEO MFL pada 1 September 2021 mengisi kekosongan yang ditinggalkan oleh Dato’ Ab Ghani yang dipilih menjadi Presiden MFL.

Sebelum itu, Stuart berkhidmat sebagai Setiausaha Agung Persatuan Bola Malaysia (FAM) bermula dari 16hb Julai 2018.

Posisi itu diisinya selepas menabur bakti bersama organisasi bola sepak, Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC) dan Persekutuan Persatuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA) selain menjadi konsultan kepada dua agensi sukan, Dentsu Sports dan IMG.

Pada saat ini, selain bertugas sebagai CEO MFL, Stuart juga berperanan sebagai Koordinator Program Road To Gold (RTG) dan merupakan Ahli Lembaga Pengurusan Majlis Sukan Negara (MSN).

Featured Image: Football Association of Malaysia

Komen