Bekas Pengurus PSG, Laurent Blanc Dilantik Ketua Jurulatih Kelab Kante
July 15, 2024 Hafizuddin Omar

Bekas ketua jurulatih Perancis dan pengurus Paris Saint-Germain (PSG) iaitu Laurent Blanc diperkenalkan sebagai ketua jurulatih baharu bagi Al Ittihad – kelab yang disertai oleh N’Golo Kante pada ketika ini.

Pengenalan Blanc yang berusia 58 tahun tersebut diumumkan oleh skuad berjulukan The Tigers itu menerusi pelbagai platform media sosialnya, baru-baru ini.

Kehadiran Blanc adalah untuk menggantikan ketua jurulatih sebelum ini, Marcelo Gallardo dari Argentina – diumumkan ditamatkan kontrak oleh Al Ittihad sekitar awal Julai lalu.

Baca: Arab Saudi Dipilih Tuan Rumah Peringkat Akhir ACL Elite Musim 2024-25 & 2025-26

Musim lalu, Gallardo yang menggantikan Nuno Espirito mengemudi Al Ittihad bermula 18 November 2023 menamatkan musim 2023-24 selaku naib juara King Cup, menamatkan saingan Liga Pro Saudi di tempat kelima dan melangkah ke separuh akhir Liga Juara-Juara AFC.

Pada ketika ini, Al Ittihad sedang menjalani latihan pramusim untuk mempersiapkan pasukannya bagi menghadapi saingan musim 2024-25.

Kelibat sulung Blanc mengendalikan Al Ittihad dari tepi padang dijangka dapat dilihat pada 20hb Julai kelak apabila mereka turun menghadapi kelab divisyen kedua Sepanyol, Elche pada 20hb Julai di Stadium Olimpik Camilo Cano.

Sebagai tambahan, ini bukanlah julung kalinya Blanc menerima tawaran dari negara-negara memadankang beliau pernah mengemudi Al Rayyan SC di Qatar bermula penghujung 2020 sehingga awal 2022.

Selepas itu, Blanc kembali ke negara kelahirannya, Perancis, menguruskan Lyon yang beraksi dalam kancah Ligue 1.

Featured Image: Al Ittihad 

Komen