LTdL 2024: Tiga Pasukan ‘World Team’ & Tiga Pasukan Malaysia Sahkan Penyertaan
July 22, 2024 Hafizuddin Omar

Berbaki sekitar tiga bulan sebelum berlangsungnya Le Tour de Langkawi (LTdL) Kali Ke-28, penganjur tampil mengesahkan penyertaan sebanyak 22 pasukan yang akan mengambil bahagian dalam perlumbaan yang akan berlangsung dari 29 September hingga 6 Oktober 2024 itu.

Menurut Ketua Pengarah Majlis Sukan Negara (MSN), Abdul Rashid Yaakub, perlumbaan itu akan diserikan dengan tiga buah pasukan berstatus “World Team” iaitu EF Education Easypost (Amerika Syarikat), Astana Qazaqstan (Kazakhstan) dan DSM Firmonich PostNL (Belanda).

Perkembangan ini menjadikan penganjur berhasil menambah penyertaan satu pasukan “World Team” berbanding penganjuran pada tahun lalu yang hanya disertai dua pasukan berstatus tersebut.

LTdL 2024: Tiada Pendakian Ke Genting Highlands

Sementara itu, penganjur turut mengesahkan penyertaan tujuh pasukan berstatus “Pro Team” sekaligus membolehkan LTdL 2024 memenuhi syarat penganjuran perlumbaan berstatus Pro Series di luar eropah.

Lima daripadanya tujuh pasukan berkenaan ialah Polti Kometa (Sepanyol), Tudor Pro Cycling (Switzerland), VF Group-Bardiani CSF-Faizane (Itali), Equipo Kern Pharma (Sepanyol) dan Euskaltel-Euskadi (Sepanyol) – kini berstatus “Grand Tour Pro Team” dan dijemput bertanding dalam beberapa perlumbaan utama dunia seperti Giro d’Italia dan Vuelta Espana 2024. 

Sementara itu, Pasukan Kebangsaan Malaysia, Terengganu Cycling Team dan Malaysia Pro Cycling menjadi tiga pasukan dari Malaysia yang akan bertanding dalam perlumbaan kali ini.

Senarai penuh pasukan yang disahkan bertanding adalah seperti berikut: 

PasukanNegaraKategori
Astana QazaqstanKazakhstanUCI World Team
EF Education – EasypostAmerika SyarikatUCI World Team
Team DSM Firmenich PostNLBelandaUCI World Team
VF Group-Bardiani CSF-FaizaneItaliUCI Pro Team
Burgos BHSepanyolUCI Pro Team
Equipo Kern PharmaSepanyolUCI Pro Team
Corratec Vini FantiniItaliUCI Pro Team
Team Polti KometaItaliUCI Pro Team
Tudor Pro Cycling TeamSwitzerlandUCI Pro Team
Euskaltel-EuskadiSepanyolUCI Pro Team
Terengganu Cycling TeamMalaysiaUCI Continental Team
Malaysia Pro Cycling TeamMalaysiaUCI Continental Team
Hengxiang Cycling TeamChinaUCI Continental Team
Nusantara Pro Cycling TeamIndonesiaUCI Continental Team
JCL Team UkyoJepunUCI Continental Team
Ara Skip CapitalAustraliaUCI Continental Team
HKSI Pro Cycling TeamHong KongUCI Continental Team
Aisan Racing TeamJepunUCI Continental Team
Li Ning Star Cycling TeamChinaUCI Continental Team
MalaysiaMalaysiaKebangsaan
ThailandThailandKebangsaan
FilipinaFilipinaKebangsaan
Komen