Penganjur Perkenalkan Perlumbaan Domestique – Buka Peluang Pelumba Amatur Rasai Laluan Sebenar LTdL Di Langkawi
July 22, 2024 Hafizuddin Omar

Penganjuran Le Tour de Langkawi (LTdL) 2024 bakal diserikan dengan satu acara menarik buat para peminat sukan berbasikal tempatan iaitu penganjuran satu perlumbaan yang dinamakan sebagai Domestique by LTdL 2024.

Ianya merupakan sebuah perlumbaan untuk pengayuh amatur merasai laluan sebenar perlumbaan LTdL peringkat 1 sejauh 96.5 kilometer (km) di Pulau Langkawi.

Menurut penganjur, perlumbaan tersebut akan dilangsungkan sehari sebelum bermula perlumbaan LTdL edisi ke-28 terbabit iaitu pada 28 September (Sabtu) 2024.

LTdL 2024: Tiga Pasukan ‘World Team’ & Tiga Pasukan Malaysia Sahkan Penyertaan

Bukan itu sahaja, Domestique by LTdL 2024 ini akan turut mempamerkan praktis keselamatan dan sokongan yang sama sepertimana perlumbaan LTdL yang sebenar dengan di diuruskan oleh marsyal berpengalaman dan pasukan keselamatan yang sama bertugas semasa perlumbaan LTdL sebenar.

Paling mencuri tumpuan, pemenang bagi Domestique by LTdL ini akan diberikan penghormatan untuk menaiki podium rasmi LTdL 2024 untuk menerima hadiah kemenangan.

Sebanyak lapan kategori dibuka kepada peminat sukan berbasikal dan orang ramai untuk menyertai perlumbaan ini sepertimana tertera dalam jadual di bawah:

Men Junior16 hingga 22 tahun
Men A23 hingga 35 tahun
Men B36 hingga 40 tahun
Men C41 hingga 45 tahun
Men D46 hingga 50 tahun
Men F51 tahun ke atas
Women Open16 hingga 35 tahun
Women Masters36 tahun dan ke atas

Sementara itu, harga untuk menyertai perlumbaan ini adalah seperti berikut:

Early BirdRM120500 peserta pertama
Promo RateRM150Peserta 501 – 1000
Normal RateRM180Peserta 1001 dan ke atas

Dimaklumkan, hadiah terkumpul bagi perlumbaan ini adalah sebanyak RM31,700 dimana pemenang individu bagi setiap kategori akan membawa pulang RM1,000 diikuti dengan “Raja Pecut” dan “Raja Bukit” pula akan membawa pulang RM300 masing-masing.

Bagi yang berminat untuk menyertai, anda boleh membuat pendaftaran di laman sesawang; domestique.letourdelangkawi.my

Komen