Badan induk bola sepak dunia, Persekutuan Persatuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA) bertindak menangguhkan sementara keputusan berhubung permohonan Persatuan Bola Sepak Palestin (PFA) untuk menggantung Persatuan Bola Sepak Israel (IFA) daripada menyertai kejohanan antarabangsa.
Sebelum ini, PFA telah menghantar usul kepada FIFA untuk menggantung IFA daripada menyertai sebarang kejohanan antarabangsa berikutan jenayah perang berterusan khususnya di Gaza.
Usul tersebut telah mendapat sokongan badan induk bola sepak bagi benua asia iaitu Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC) dan sokongan itu turut dizahirkan oleh Presiden AFC, Shaikh Salman Bin Ebrahim Al Khalifa semasa Kongres AFC Ke-34 di Bangkok, Thailand pada Mei lalu.
An independent legal assessment of the Palestinian Football Association proposals against the Israel Football Association was due to be provided to FIFA Council by 20 July 2024.
— FIFA Media (@fifamedia) July 18, 2024
Following requests for extension from both parties to submit their respective positions, duly granted…
Kelayakan Piala Dunia 2026: Palestin Cipta Sejarah Layak Ke Pusingan 3
Dalam satu kenyataan yang dikongsikan FIFA, terdapat permintaan lanjutan daripada kedua-dua pihak untuk mengemukakan kedudukan masing-masing, dibenarkan oleh FIFA, lebih banyak masa diperlukan untuk menyelesaikan proses ini dengan teliti dan lengkap.
Penilaian ini akan dikongsikan oleh Majlis FIFA untuk sebarang keputusan selewat-lewatnya 31hb Ogos.
Berdasarkan pelbagai laporan antarabangsa, perkembangan ini membolehkan Israel kekal beraksi di temasya Sukan Olimpik Paris 2024 yang berlangsung dari 24hb Julai hingga 9hb Ogos.
Shaikh Salman dalam ucapannya semasa menyokong usul oleh IFA di Kongres AFC Ke-34 berkata perang di Gaza telah menghilangkan lebih 45,000 nyawa termasuk sekurang-kurangnya 180 pemain bola sepak selain memusnahkan setiap infrastruktur bola sepak di sana.
Featured Image: FIFA