Onana Milik Aston Villa
July 23, 2024 Hafizuddin Omar

Pasukan yang menamatkan saingan Premier League (PL) di tangga keempat pada musim lalu, Aston Villa mengumumkan mendapatkan khidmat Amadou Onana.

Pemain yang bakal berusia 23 tahun pada bulan hadapan ini menyertai Aston Villa selepas beraksi bersama Everton selama dua musim dengan merekodkan 72 penampilan.

Menurut beberapa laporan media berpangkalan di eropah, perpindahan Onana kelahiran Senegal itu dikatakan berjumlah £50 juta dengan diberikan kontrak selama lima musim.

Baca: Premier League Kekal Guna VAR, Perkenalkan SAOT

Sebelum menyertai Everton, pemain kelahiran Senegal yang beraksi bersama skuad kebangsaan Belgium ini merupakan pemain Lille dalam kancah Ligue 1.

Sebagai rekod, Onana menjadi pemain tengah ketiga yang baharu selepas Enzo Barranechea dan Ross Barkley ditandatangani oleh pengurus, Unai Emery pada jendela perpindahan kali ini.

Bukan itu sahaja, Onana juga menjadi pemain baharu kelapan yang ditandatangani oleh Emery bagi memperkukuhkan skuad The Villans untuk menghadapi saingan musim baharu termasuk Liga Juara-Juara UEFA 2024-25.

Komen