Remaja 14 Tahun Meninggal Dunia Ketika Bermain Bola Sepak – Kompilasi Jantung & Asma
September 9, 2024 Hafizuddin Omar

Seorang remaja lelaki berusia 14 tahun meninggal dunia ketika sedang bermain bola sepak di sebuah padang bola bertempat di Semenyih, Kajang, pada Sabtu.

Ketua Polis Daerah Kajang, Asisten Komisioner Naazron Abdul Yusof memaklumkan mangsa yang sedang dalam perlawanan telah rebah dengan tiba-tiba ketika sedang bermain bola sepak. 

Selepas itu, mangsa telah dibawa ke klinik berhampiran sebelum dibawa ke Hospital Kajang dan disahkan meninggal dunia pada jam 2.02 petang.

BAJC: Perseorangan Lelaki China Meninggal Dunia Selepas Rebah Ketika Menentang Jepun

“Hasil bedah siasat oleh pakar perubatan mengesahkan mangsa mempunyai masalah kompilasi jantung dan asma. Kes diklasifikasikan sebagai laporan mati mengejut (DSR).” katanya dalam satu kenyataan yang dikongsikan pada hari ini.

Menurutnya lagi, laporan kejadian itu diterima pihak polis sekitar jam 4.08 petang pada hari yang sama daripada seorang lelaki berusia 46 tahun yang merupakan jurulatih kepada sebuah kelab bola sepak.

Susulan kejadian tersebut, beliau turut menitipkan nasihat terutamanya buat ibu bapa agar membuat pemeriksaan kesihatan terhadap anak-anak terlebih dahulu sebelum menyertai mana-mana kejohanan atau aktiviti sukan.

Ianya supaya dapat mengelakkan daripada perkara-perkara tidak diingi berlaku. 

Komen