Juara Liga Pro Jordan, Al Hussein SC Kelab Baharu Reziq Banihani
Hafiz Omar

Teka-teki mengenai hala tuju penggempur muda Jordan, Reziq Banihani terjawab 20 minit selepas Selangor FC mengumumkan pelepasan pemain berusia 22 tahun tersebut, sekitar awal pagi tadi.
Kelab tersebut ialah Al Hussein SC yang muncul juara Liga Pro Jordan 2023-24.
Sebuah poster mengucapkan selamat datang ke pada Reziq dikongsikan di pelbagai platform media sosial kelab berkenaan pada jam 1.26 pagi.
Baca: Selangor FC Lepaskan Penyerang Muda Jordan, Reziq Banihani Selepas 4 Bulan
Pengumuman itu juga hadir selepas Reziq selesai tugasannya bersama skuad kebangsaan Jordan yang berjaya menumpaskan Palestin dengan keputusan 3-1 di Stadium Bola Sepak Kuala Lumpur, Cheras.
Untuk makluman, pada ketika ini, Al Hussein SC sedang berada di kedudukan ketiga Liga Pro Jordan selepas mengharungi tiga perlawanan pada musim ini.
Selain itu, Al Hussein SC turut beraksi di pentas antarabangsa, Liga Juara-Juara AFC 2 (ACL2) dan telah diundi dalam Kumpulan D bersama-sama Shabab Al-Ahli (UAE), FC Nasaf (Uzebkistan) dan Kuwait SC (Kuwait).
Featured Image: Al Hussein SC