Penganjuran Piala Skuasy ACE Malaysia 2024 menampilkan kelainan pada kali ini apabila ianya akan dianjurkan di pusat beli-belah The Curve, Mutiara Damansara.
Dengan penyediaan gelanggang kaca bertaraf dunia, penganjuran kejohanan terbabit yang merupakan salah satu daripada siri Jelajah Skuasy PSA Gangsa bakal memberikan peluang orang ramai untuk menyaksikan aksi skuasy bertaraf antarabangsa secara dekat dan langsung semasa berkunjung ke The Curve.
Kejohanan ini dijadualkan berlangsung dari 12hb hingga 17hb November dimana pusingan awal akan berlangsung di Pusat Skuasy Jalan Duta sementara pertarungan-pertarungan di penghujung minggu akan dimainkan di dalam gelanggang kaca mudah alih baharu oleh ACE di The Curve.
Menteri Belia dan Sukan, Hannah Yeoh menyatakan penganjuran acara sukan di pusat membeli-belah bukan sahaja akan memperkenalkan sukan seperti skuasy kepada generasi muda bahkan mampu memberikan inspirasi untuk mereka ceburi sukan tersebut di masa hadapan.
Baca: IOC Luluskan Skuasy Dipertandingkan Di Sukan Olimpik 2028
Penganjur meletakkan jangkaan Piala Skuasy ACE Malaysia 2024 ini dapat menarik lebih daripada 100,000 penonton – dengan promosi meluas di seluruh negara.
Sebagai perbandingan, edisi yang lalu, Piala Skuasy ACE Malaysia 2023 yang berlangsung di Negeri Sembilan merekodkan kehadiran 6,000 penonton.
Untuk makluman semua, Piala Skuasy ACE Malaysia 2024 ini dianjurkan dengan kerjasama Persatuan Raket Skuasy Malaysia (SRAM) dan menjadi Zon Kelayakan Asia 2024 untuk Kejohanan Dunia PSA 2024 yang berlangsung di Mesir pada Mei tahun hadapan.
Sebagai tambahan, juara bagi kejohanan bertaraf gangsa ini ganjaran wang tunai sebanyak AS$103,000 dan akan disiarkan di saluran Astro Arena serta platform digital Squash TV.