Sze Fei-Izzuddin Juara Terbuka China Super 1000 – Raih Sekitar RM620,000 

September 23, 2024
Badminton

Hafiz Omar

Beregu badminton lelaki No.2 negara, Goh Sze Fei dan Nur Izzuddin mendapat habuan yang lumayan apabila berjaya merangkul gelaran juara Terbuka China 2024.

Kejuaraan di salah satu siri kejohanan Jelajah Dunia BWF Super 1000 memberikan pasangan No.12 dunia itu wang ganjaran sebanyak AS$148,000 atau bersamaan sekitar RM620,000. 

Gelaran juara dan wang tunai itu menjadi milik Sze Fei-Izzuddin selepas berhasil menumpaskan beregu tuan rumah, He Ji Ting dan Ren Xiang Yu dalam perlawanan akhir yang berlangsung pada Ahad.

Baca: Goh Sze Fei-Nur Izzuddin Dapat Lampu Hijau Tinggalkan BAM Pada 1 September

Sze Fei-Izzuddin meraih kemenangan menerusi tiga set permainan yang berskor 13-21, 21-12 dan 21-17 dalam pertarungan yang memakan masa hampir satu jam lamanya.

Selain itu, kemenangan itu juga membolehkan Sze Fei-Izzuddin memungut 13,500 mata – pemberian mata berdasarkan sistem baharu oleh Persekutuan Badminton Dunia (BWF).

Pungutan mata tersebut dijangka melonjakkan Sze Fei-Izzuddin ke tangga kelapan dunia – kedudukan tertinggi Sze Fei-Izzuddin dalam karier mereka – pada hari esok (Selasa).

Featured Image: VICTOR

© 2025 Amanz Media Sdn Bhd