Trofi Piala ASEAN Singgah Di Kuala Lumpur Pada 12 Oktober
September 23, 2024 Hafizuddin Omar

Trofi yang pernah dijulang oleh skuad bola sepak kebangsaan iaitu Piala AFF atau nama baharunya, Piala ASEAN pada tahun 2010 akan mendarat di Kuala Lumpur sekitar pertengahan tahun hadapan.

Kehadiran trofi tersebut adalah bersempena dengan Jelajah Trofi Piala ASEAN Mitsubishi Electric yang diadakan dari 29hb September hingga 9hb November melibatkan enam ibu kota negara-negara ASEAN sebelum bermulanya kejohanan edisi ke-15 tersebut pada 8hb Disember kelak.

Menerusi perkongsian oleh ASEAN United FC, jelajah trofi keemasan tersebut akan bermula di Bangkok (28hb September) diikuti Singapura (5hb Oktober) sebelum tiba di Kuala Lumpur (12hb Oktober). 

Baca: Tarikh Piala ASEAN 2024 Dipinda – Mula 8 Disember, Berakhir 5 Januari

Bagaimanapun, penganjur jelajah trofi itu tidak mendedahkan lagi secara khusus lokasi di Kuala Lumpur tersebut selain acara-acara sampingan yang diadakan bersama-samanya. 

Untuk makluman, jelajah trofi terdahulu menyaksikan ianya dilangsungkan di Empire Shopping Gallery, Subang jaya sambil diserikan dengan pelbagai aktiviti seperti kuiz, persembahan tarian, persembahan bola sepak “freestyle” serta temu bual bersama legenda skuad Harimau Malaya.

Kemudiannya, jelajah trofi itu bersambung ke tiga buat ibu kota lagi iaitu Hanoi (26hb Oktober), Jakarta (2hb November) dan akhir sekali Manila (9hb November).

Sebagai tambahan, edisi Piala ASEAN kali ini menyaksikan Malaysia telah diundi dalam Kumpulan A bersama-sama Thailand, Singapura, Kemboja dan pemenang play-off melibatkan pertembungan Brunei dan Timor Leste.

Featured Image: ASEAN United FC

Komen