Kehangatan pertembungan melibatkan pasukan di tempat pertama dan kedua Liga Super iaitu Johor Darul Ta’zim (JDT) dan Selangor FC di Stadium Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) telah menarik kehadiran 10,215 penonton pada Ahad.
Jumlah kehadiran tersebut menyaksikan 95.8% kapasiti Stadium MBPJ terisi selain muncul sebagai venue yang merekodkan kehadiran terbanyak bagi perlawanan ke-14 Liga Super.
Pertembungan itu berakhir dengan JDT kendalian Hector Bidoglio merekodkan kemenangan bergaya 3-0 ke atas pasukan tuan rumah berjulukan Gergasi Merah hasil jaringan Romel Morales (30’) dan Bergson da Silva (44’, 54’).
Baca: Stadium MBPJ Kini Berkapasiti 10,661 Tempat Duduk
Sementara itu, rekod kehadiran melibatkan Kedah Darul Aman FC dan PDRM FC yang terikat 1-1 di Stadium Darul Aman, Alor Setar pula muncul kedua tertinggi bagi aksi ke-14 Liga Super dengan jumlah penonton seramai 3,446 orang.
Bagi rekod kehadiran ketiga tertinggi pula, ianya direkodkan pada pertembungan Perak FC dan Terengganu FC yang berakhir dengan keputusan seri 2-2 di Stadium Majlis Perbandaran Manjung.
Akhir sekali, kehadiran tercorot pada bagi aksi ke-14 Liga Super dicatatkan di Stadium Majlis Perbandaran Temerloh yang menjadi gelanggang “home” buat Kelantan Darul Naim FC ketika bertemu Sri Pahang FC – 717 orang.
Senarai lengkap kehadiran penonton bagi perlawanan Liga Super ke-14 adalag seperti berikut:
- Selangor vs JDT – 10,215 orang
- Kedah vs PDRM – 3,446 orang
- Perak vs Terengganu – 2,602 orang
- Kuching City vs KL City – 1,210 orang
- Penang vs Sabah – 1,187 orang
- Kelantan Darul Naim vs Sri Pahang – 717 orang
Featured Image: JOHOR Souther Tigers