Sports Direct, peruncit pelbagai barangan sukan dan kecergasan di bawah pemilikan Frasers Group tampil merasmikan pembukaan “flagship store” yang keduanya di Malaysia, pada hari ini.
Lokasi “flagship store” keduanya itu yang berkeluasan 22,000 kaki persegi itu terletak di Tingkat 1, LotF1.80, Sunway Pyramid, Subang Jaya.
Sepertimana “flagship store” pertamanya di Mid Valley Megamall, Kuala Lumpur, ianya turut menempatkan beberapa ruangan khas yang mengumpulkan barangan dan pakaian daripada beberapa jenama mengikut jenis-jenis sukan atau aktiviti yang dilakukan.
Antaranya bola sepak, ragbi, renang, larian, aktiviti luar, raket dan studio kecergasan (ruangan pakaian wanita untuk aktiviti senaman) serta lain-lain lagi.
Belanjawan Selangor 2025: Peruntukan RM1 Juta Kembangkan Sukan Pickleball
Menariknya, peningkatan populariti sukan pickleball (gabungan tenis, badminton & ping pong) dan padel (gabungan tenis & squash) turut membuatkan Sports Direct membawa masuk dan menjual barangan-barangan bagi kedua-dua sukan tersebut.
Selain itu, Sports Direct ini turut menawarkan jualan barangan fesyen daripada jenama Jack Wills, Fila, Lacoste, Vans dan Asics di bawah payung USC.
Untuk makluman semua, ini merupakan pembukaan Sports Direct ke-36 dalam Malaysia dan Frasers Group mensasarkan akan mempunyai 40 cawangan pada penghujung tahun 2024.