
Jersi baharu skuad kebangsaan Portugal keluaran PUMA – edisi pertama selepas skuad berjulukan Selecao menyarung jersi ciptaan NIKE selama 27 tahun – kini boleh didapati dalam pasaran Malaysia.
Seperti kebiasaan, jersi tersebut dikeluarkan dalam edisi “home” dan “away” dengan warna tradisinya iaitu merah dan putih masing-masing. Seluar bagi persalinan “home” pula berwarna hijau manakala bagi persalinan “away” pula menggunakan warna putih.
PUMA menawarkan dua varian bagi jersi skuad kebangsaan Portugal yang baharu ini iaitu “Authentic” dan “Replica”.






Untuk makluman semua, varian “Authentic” adalah yang dipakai oleh para pemain semasa beraksi di atas padang dalam perlawanan-perlawanan antarabangsa termasuk legendanya, Cristiano Ronaldo.
Ianya di dibuat menggunakan fabrik ULTRAWEAVE milik PUMA – direka untuk mengurangkan berat dan geseran sekaligus memastikan prestasi tahap elit.
Baca: Harimau Malaya Sarung Jersi PUMA Hingga Hujung 2028





Sementara itu, varian “Replica” pula menawarkan rekaan yang sama namun ianya persalinan yang lebih santai, sesuai untuk disarung setiap hari dan semasa hari perlawanan.
PUMA memaklumkan kedua-dua varian ini menggunakan teknologi serap-peluhnya iaitu dryCELL bagi memastikan para peminat dan pemain sentiasa kering dan selesa.
Pada masa yang sama, bagi menunjukkan komitmen PUMA terhadap kelestarian, varian “Replica” dibuat menggunakan inisiatif RE:FIBRE – memanfaatkan bahan buangan tekstil yang dikitar semula untuk menghasilkan bahan baharu tanpa mengkompromikan kualiti.
Jersi-jersi “home” dan “away” bagi varian “Authentic” dan “Replica” ini juga hadir untuk skuad kebangsaan wanita Portugal. Kesemuanya boleh didapati di PUMA.COM, kedai-kedai PUMA dan Al-Ikhsan bermula dari RM319 hingga RM549.