
Penyerang berbsisa Johor Darul Ta’zim (JDT), Bergson da Silva hanya memerlukan tiga gol sahaja lagi untuk bergelar sebagai Penjaring Gol Terbanyak Liga Super Sepanjang Zaman.
Penyerang berusia 34 tahun kelahiran Alegrete, Brazil sudah meledak 104 gol secara keseluruhan dalam saingan Liga Super sejak menyertai skuad berjulukan Harimau Selatan pada tahun 2021.
Lima gol terakhirnya baru sahaja dicetak ketika turun berhadapan Kelantan Darul Naim FC di Stadium Sultan Ibrahim (SSI), Iskandar Puteri untuk membantu JDT melakar kemenangan bergaya 9-0 pada aksi ke-24 liga musim ini.
Baca: Naturalisasikan Bergson & Hidalgo Untuk Harimau Malaya – Pemilik JDT
Dalam perlawanan yang bersaksikan 6,664 penonton itu, Bergson menyumbat masuk kelima-lima gol itu penjaga gol lawan, Fikri Che Soh pada minit ke-8, ke-20, ke-25, ke-27 dan ke-37.
Bergson berpeluang untuk membolot gelaran penjaring terbanyak terbabit pada musim ini dengan meledak tiga gol pada perlawanan terakhir JDT bagi musim ini ketika turun menentang Kuching City FC di tempat lawan pada 16hb April kelak.
Untuk makluman, rekod penjaring gol terbanyak liga super sepanjang zaman pada ketika ini dipegang oleh bekas penyerang kebangsaan, Indra Putra Mahayuddin dengan catatan 106 gol.
Featured Image: JOHOR Southern Tigers